Assalamualikum semua,
Hari ini saya telah mempelajari tentang hari akhirat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Mempelajari bab ini mungkin ada orang yang tidak ambil kisah ataupun iktibar yang telah diceritakan dalam ayat AL-Quran namun bagi saya mempelajari tentang hari akhirat sangatlah penting kerana akhirat adalah tempat yang kekal abadi selepas kita meninggal dunia.
Ustazah saya bercerita tentang keadaan hari akhirat dan azab-azab yang dilalui oleh orang-orang yang mlakukan perkara yang dilarang oleh Nya. Saya rasa sedih kerana banyak golongan "Hawa' yang masuk ke dalam neraka. Padahal, golongan "Hawa" lah yang paling senang masuk ke dalam syurga. Antara sebab-sebabnya ialah tidak menutup aurat dengan sempurna. Inilah salah satu punca golongan "Hawa " masuk ke neraka. Hari ini barulah saya mengetahui bahawa memakai " inner"juga tidak boleh dipakai jika kita keluar dari rumah kerana memakai "inner" tidak menutup aurat kita dengan sempurna.
Jadi seelok-eloknya kita hendaklah memakai baju yang berlengan panjang ketika keluar dari rumah dan memakai tudung yang menutupi paras dada kita. Dan kalau boleh sesuaikan lah diri dengan memakai stoken kerana kaki juga merupakan aurat bagi wanita. Kerana itulah aurat yang wajib ditutup oleh kaum yang bergelar wanita.
Kesimpulannya, jadilah yang terbaik dan perliharalah maruah diri kerana maruah diri itu melambangkan akhlak seseorang. Itu sahaja coretan saya kali ini. Harap kita boleh merubah diri menjadi yang lebih terbaik.