Friday, 20 July 2012

Menjelang 1 Ramadhan

Assalamualikum semua,

      Hari ini saya sangat happy sebab malam ni boleh pergi sembahyang tarawih dekat surau. Syukur sebab masih dipanjangkan usia untuk bertemu ramadhan kali ni . Namun saya sedih jugak hari ni sebab ada la kat kelas saya tadi bergaduh tak cakap selama 3 ataupun 4 bulan la.Sebab apa?? saya tak tahu.
     
     Tapi,saya berharap dan berdoa agar kawan saya cepat-cepat la berbaik semula. Tak baik gaduh lama-lama, Allah pun tak suka. Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi dekat mereka agar lembut hati. Saya nak sangat tengok kawan-kawan saya tu bersatu semula. Janganlah ego sangat kerana nanti memakan diri.

Monday, 25 June 2012

INGIN BERUBAH

Assalamualikum semua,

    Hari ini saya telah mempelajari tentang hari akhirat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Mempelajari bab ini mungkin ada orang yang tidak ambil kisah ataupun iktibar yang telah diceritakan dalam ayat AL-Quran namun bagi saya mempelajari tentang hari akhirat sangatlah penting kerana akhirat adalah tempat yang kekal abadi selepas kita meninggal dunia.
   
     Ustazah saya bercerita tentang keadaan hari akhirat dan azab-azab yang dilalui oleh orang-orang yang mlakukan perkara yang dilarang oleh Nya. Saya rasa sedih kerana banyak golongan "Hawa'  yang masuk ke dalam neraka. Padahal, golongan "Hawa" lah yang paling senang masuk ke dalam syurga. Antara sebab-sebabnya ialah tidak menutup aurat dengan sempurna. Inilah salah satu punca golongan "Hawa " masuk ke neraka. Hari ini barulah saya mengetahui bahawa memakai " inner"juga tidak boleh dipakai jika kita keluar dari rumah kerana memakai "inner" tidak menutup aurat kita dengan sempurna.

     Jadi seelok-eloknya kita hendaklah memakai baju yang berlengan panjang ketika keluar dari rumah dan memakai tudung yang menutupi paras dada kita. Dan kalau boleh sesuaikan lah diri dengan memakai stoken kerana kaki juga merupakan aurat bagi wanita. Kerana itulah aurat yang wajib ditutup oleh kaum yang bergelar wanita.

     Kesimpulannya, jadilah yang terbaik dan perliharalah maruah diri kerana maruah diri itu melambangkan akhlak seseorang. Itu sahaja coretan saya kali ini. Harap kita boleh merubah diri menjadi yang lebih terbaik.
            




                 

Tuesday, 19 June 2012

Rindu Basikal

Assalamualikum...Hai..

   Hari ini saya ingin berkongsi cerita saya dengan anda semua. Cerita ini berkenaan dengan basikal saya. Okey lah,ini lah cerita saya. Seperti hari -hari biasa saya akan bertolak ke sekolah jam 7.00 pagi dengan menaiki basikal. Tapi, hari ini tayar basikal saya pecah. Huhuhu....sedih3..
   
     Hari ini jugalah saya dengan terpaksanya kena naik basikal adik saya yang selama ini  pun saya tak pernah nak bawa ke sekolah. Jadi dengan rela hatinya  saya bawa basikal  yang berjenama BMX tu ke sekolah. Tapi, ada perkara yang sya tak suka bawa basikal tu. Nak tahu sebab apa??? Sebabnya basikal tu rendah dan tempat duduk basikat tu keras. Aduh,sakit betul badan saya bawa basikal tu.

     Setibanya saya ke sekolah tepat jam 7.15 pagi, saya mempunyai masalah hendak kunci basikal tu. huhuhu..dan kunci basikal tu tak boleh nak tarik keluar. Punya la ketat !!! Jadi terpaksa ta tunggu adik saya datang sekolah dan  buanglah masa saya selama 5 minit tunggu dia di tempat parking basikal.

      Bila difikirkan balik, saya lebih selesa menaiki basikal saya sendiri daripada basikal adik saya. Terasa rindu pulak kat basikal saya.hehehe..
    
       Itu je lah coretan saya pada kali ini. Bye..

Wednesday, 30 May 2012

Fobia lepas kejadian itu....

 Assalamualikum, semua!

    Hari ini saya nak berceritakan pengalaman saya yang berlaku buat julung-julung kalinya dalam hidup saya. Yang mana kenangan ini menjadi sejarah hidup saya ,hehehe. Nak tahu kenangan apa? Jom baca kisah saya.

   Pada cuti sekolah baru-baru ini saya pergi bercuti dekat Cameron Highland. Hehehe.. Tanah tinggi la katakan. Okeh, nak dipendekkan ceritalah  suatu malam ini saya, mak saya dan adik lelaki saya, pergi la jalan-jalan dekat pasar malam Brinchang. Letih wooo....jalan-jalan cuci mata.hehehe..Lepas kami letih jalan-jalan, kami nak balik la kat apartmen yang kami duduk. Fuh!!  Ni yang letih ni ,nak tahu sebab apa? sebabnya apartmen tu atas bukit .Jadi, kami pun mendaki la. Letih jugak la dalam 15 minit baru smpai .Tapi tak pe la boleh turunkan berat badan.hahaha.. Lepas tu kami  kena tunggu giliran nak naik lif,ye la takkan naik tangga pulak, tingkat 6 tu ! Tunggu punya tunggu akhirnya lif itu terbuka namun lif tersebut sudah memuatkan 10 orang dalam tu, tapi mereka  semua dalam lif tu bagi kami mencelah  dalam kesesakkan  lif itu, kami pun redah je dalam lif tu.Tiba-tiba.... lif  tersebut  berhenti, dan kami yang dalam lif tersebut seramai 12 orang dalam keresahan tak termasuk saya ok, saya masa tu buat do no jer,nak tahu sebab apa? sebab saya sibuk makan jagung bakar dalam lif hahaha..Kami ramai-ramai tersepit dalam lif tersebut selama 20 minit. Saya memang dah tak boleh nk gerakkan badan ke tepi dan ke kanan sebab dikelilingi oleh lelaki.jadi macam tunggul ke la terpacak  dalam lif tu.hahaha.Akhirnya ..kami berjaya dikeluarkan setelah ada orang dari luar lif terpaksa kopakkan lif tersebut untuk kelurkan kami. YEAHH!!! akhirnya keluar jugak dari lif itu,Tapi malangnya kena naik tangga jugak tingkat 6.huhuhuhu sedih betul! Saya sudah fobia naik lif!!!

   

Monday, 2 April 2012

Test OnE!!!

assalamualikum semua...
okeh ari ni,saya nk cerita pasal saya pertama kali masa seumur hidup!!! Wah!! boleh pecah record tu..
Nak tahu saya masak apa tengahari tadi. Mestilah nk kan??hehehe.Okeh,lex der,mother,sister or whatever lah. Tadi tengahari saya masak sambal sotong.Yum..yum..,saya masak sambil dengar lagu.tudia aih bukan nk baca doa ka hape ker.hehehe Sebelum dengar lagu saya selawat dulu 3 kali pas tu dengar lagu sambil menyayi~ lalalala~ nasib baik la panas tak hujan pun.kuang..kuang..kuang.. Bebalik pada cerita memasak tadi yer. Saya masak tadi memang dah ada rupa dah sambal sotong tu.Tapi disebabkan tangan adik lelaki saya gatal sangat  dia  letak air separuh cawan dekat sambal sotong saya yang tera tang2 dah kuah sambal tu dah pekat merah,tapi akhirnya kuah tu jadi cair la seab air yang dia letak tu. Apa lagi tangan saya cepat jer mendarat kat belakang dia.hahaha..Padam muka. Lepas dah siap masak sambal sotong tu saya hidang la atas pinggan letak separuh sambal sotong yang saya masak tu kat dalam pinggan dan separuh lagi kat dalam kuali. Pastu saya kemas2 la dapur yang bersepah yang saya kerjakan al-maklumlah~~ mak bapa tak de kat rumah~~. Saya rasa sambal tadi yang dah terhidang tu macam sikit jer, so saya suruh la adik saya yang lelaki tadi tu hidang sambal tu sampai habis,tah macam mana la dia letak kat dapur tu tiba2 sambal dalam pinggan tadi tertumpah kat lantai habis la sambal separuh sambal tadi/.Saya ,apalagi nk marah tak terkeluarlah pulak suara ni jadi tangan ni sekali lagi kena kat belakang badan dia.hahaha,geram sungguh den. Punya la exited saya masa last2 jatuh kat lantai nasib baik la separuh lagi ada dalam kuali kalau tak,kebulur la satu rumah tak makan tengahari. Jadi ni la coretan saya pada hari ini,hope korang enjoy baca kisah saya ni.   ~maaf la ye gambar sambal sotong tu tak sempat ditangkap akibat kelam-kabut pasal sambal jatuh tadi~    bye...

Sunday, 1 April 2012

Mimpi Oh!! Mimpi

assalamualikum semua..hari ini saya cuti sekolah semperna merentas desa pada harisabtu yang lalu.yeah2!!!tapi bila cuti sekolah ni rasa boring jer kat rumah. Jadi, dalam keadaan yang boring kat rumah ni saya mengambil kesempatan untuk buat ulang kaji pelajaran kerana tahun ni saya akan mengambil peperiksaan PMR!!! takutnya saya.Korang semua doakan saya dapat cemerlang tahu dalam peperaksaan nanti k.Amin!!! Lepas ulang kaji ni saya rasa tension sikit la jawab soalan-soalan da;lam buku latihan tadi.jadi saya buka blog ni sekejap kerna ingin menceritakan mimpi yang saya alami malam kelmarin.nak tahu saya mimpi apa????okeh2 saya nak cerita dah ni. Sebenarnya malam kelmarin saya mimpi pasal seorang musuh saya tu.ala yang ari tu saya ada cerita kat korang yang dia satu kumpulan dengan saya dalam mento mentee tu.dia tulah  yang saya mimpi. Saya mimpi yang saya tendang dia sebab ganggu saya kat kelas.hebat jugak la mimpi tu. Macam mana la saya boleh tendang dia.Heran jugak la saya. Tapi saya puas jugak la tendang dia walaupun bukan alam realiti. So,saya harap cerita ni dapat berkongsi dengan anda tentang mimpi saya,harap korang enjoy..

Friday, 30 March 2012

akugadissimpel: Ahggghhh!!betul ker???

akugadissimpel: Ahggghhh!!betul ker???: hey,assalamualikum hari ni saya nk kongsi cerita dgn korang semua.cerita nya bermula mcm ni.hari ni sekolah saya menganjurkan mento mentee ... macam tu la ejaannya. Mesti korang pelikkan apa itu mento mentee??? Okeh2 saya akan syer dengan korang apa itu mentor mentee. Mentor menti ni ialah khas untuk pelajar tingkatan 3~sayalah tu~. Mento tu ialah guru yang akan mengajar kita dalam satu kumpulan yang akan dibahagikan  oleh 4 atau 5 orang anak muridnya dan itu adalah mentee. Okeh sekarang ni saya nk cerita kat korang semua apa yang saya sangat benggang sangat2. Nk tahu pasal apa,sebab nya ilah saya satu kumpulan dengan musuh saya nombor 1 dalam kelas. Sakit hati la jugak. Dah macam tak de orang lain jer selain dia. Saya tak sangka dan tak pernah terfikir pun nk satu kumpulan dngan dia,namun nasib tidak menyeblahi saya. Saya rasa nk nangis jer.Benci jugak la. Itu la kisah saya yang saya tak sangka akan berlaku kat saya. Harapkorang enjoy membaca kisah saya..